Wednesday, April 27, 2011

UCAPAN SULUNG YDP

Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Yang di kasihi saudara dan saudari pengerusi majlis, Yang berusaha, En Shaari Bin Osman, Pengarah IPG Kampus Ilmu Khas, Yang Berusaha, Puan Rohana Binti Kamaruddin, Timbalan Pengarah IPG Kampus Ilmu Khas, Yang dihormati Encik Amiruddin Bin Zainuddin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan, Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Unit, pensyarah-pensyarah kanan,
barisan pensyarah, ahli-ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar serta rakan-rakan pelajar IPG Kampus Ilmu Khas yang dihormati sekalian.

Alhamdulillah,

Bersyukur kita kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurniannya dapat kita sama-sama berkumpul dalam perhimpunan bulanan bagi bulan april anjuran Jabatan Ilmu Pendidikan yang bertemakan “Pendidikan Awal Kanak-kanak”

Di hari yang penuh bertuah ini, rasanya masih tidak terlewat lagi kepada saya selaku wakil kepada pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Encik Shaari bin Osman dan Puan Rohana binti Kamaruddin kerana telah dilantik menjadi Pengarah dan Timbalan Pengarah yang baharu kepada warga IPG Kampus Ilmu Khas. Semoga kepimpinan mereka dapat memberikan satu anjakan dan tranformsi kepada kita semua dalam sama-sama memartabatkan profesionlisme keguruan di institut ini.

Hadirin dan Hadirat yang dihormati sekalian,

Saya Mohd Huzaifi bin Sulaiman, Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Ilmu Khas ingin memanjatkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada seluruh warga IPG Kampus Ilmu Khas kerana telah memberi kepercayaan mengundi dan memilih kami sepasukan untuk memimpin organisasi jawatankuasa perwakilan pelajar bagi sesi 2011/2012 ini. Dengan penuh rasa tawaduk dan kerendahan hati, kami menerima amanah ini untuk berkhidmat kepada rakan pelajar sekalian dan pihak institut. Dengan bermotokan ‘dari pelajar untuk pelajar’, kami sejumlah 25 orang akan berusaha untuk membawa suara-suara rakan pelajar sekalian kepada pihak Institut melalui saluran yang betul. Suara-suara rakan pelajar serta aktiviti-aktiviti yang terpimpin dan terarahkan kepada penglibatan rakan-rakan sekalian menjadi keutamaan kepada JPP pada kali ini.

Untuk makluman semua, bagi memastikan kelancaran matlamat dan semua perancangan kami, setiap exco JPP pada tahun ini dikehendaki mewujudkan Key Performance Index (KPI) masing-masing. Hal ini bertujuan supaya matlamat dan perancangan dapat dijalankan dengan cara yang lebih terarah dan berfokus. Kami berharap KPI yang akan kami jalankan ini akan dapat meningkatkan prestasi setiap exco JPP dalam melaksanakan segala amanah yang telah dipertanggungjawabkan.

Akhir kata, saya menyeru rakan pelajar sekalian, ayuhlah kita bersama menyingsing lengan dan berganding bahu ke arah profesionlisme keguruan yang kita cintai di IPG Kampus Ilmu Khas dan kepada rakan seperjuangan dalam Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, sekarang adalah masa yang sangat mencabar bagi kita semua. Namun semua ini adalah pemangkin ke arah membina kepimpinan masa depan kita dan saya yakin kita mampu untuk mencetuskan satu transformasi membantu pihak Institut dan rakan pelajar sekalian dalam memacu kecemerlangan ke arah yang lebih tinggi. Insyaallah.

Saya panjatkan doa ke hadrat Ilahi supaya terus dikurniakan kekuatan, kemudahan hikmah dan ilham yang baik dalam melakasanakan segala peracangan yang telah dan akan dirancang.

Sekian daripada saya, segala yang baik itu dating daripada Allah S.W.T dan yang kurang itu dating daripada kelemahan saya sendiri dan saya akhiri ucapan saya dengan kalimah wabilahitaufiq wal hidayah, Assalamualaikum w.b.t.

Mohd Huzaifi bin Sulaiman

Yang Dipertua,

IPG Kampus Ilmu Khas

26/04/2011