Tuesday, September 20, 2011

husnu zon



Assalamualaikum w.b.t

"Abang2.. tadi ayang nampak seorang perempuan free hair ambik wudhuk.. dia basuh dulu make up dia pastu dia ambik wudhuk dengan penuh teliti.. pastu masa kat luar nampak sorang lelaki pakai seluar pendek keluarkan kain sarung dalam begnya untuk solat.. bagus kan?" bicara isteri kepadaku.. aku terdiam dan berfikir sejenak dan teringat dgn kalimah husnu zon..

Dengan kata mudah husnu zon merupakan prasangka baik.. Yup! kita perlu prasangka baik dengan semua orang..

'Jika bertemu seseorang maka yakinlah bahawa dia lebih baik daripada kamu'

tak siapa tahu.. mungkin kedudukannya di sisi Allah lebih baik daripada kita..
Siapa kita nak nilai seseorang? baikkah kita? Layakkah kita?

Bila direnung-renung kembali ramai yang tidak beramal dengan kalimah 'husnu zon'.. mudah prasangka buruk & prejudis terhadap sesorang walaupun hanya mengenali raut wajah sahaja...

apa yang penting.. kita mesti bermuahasabah diri.. adakah dgn sering berkopiah.. mempunyai penampilan ala2 islamik tetapi adakah itu semua diterima disisi Allah?

renung-renungkanlah....




Tuesday, May 3, 2011

Kematian Osama



Umat islam masih gempar dengan berita yang diumumkan oleh Barack Obama yang mendakwa mereka telah berjaya membunuh pemimpin Al-Qaeda iaitu Osama bin Laden. Pelbagai reaksi dan persepsi mengenai kematian lelaki bernama Osama bin Laden yang amat ditakuti oleh Amerika Syarikat dan sekutunya..

Namun, Fiman Allah

"dan jangan sekali-kali Engkau menyangka orang-orang Yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (Mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki;(dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) Yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam Yang sedang berjuang), Yang masih tinggal di belakang, Yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (Iaitu) Bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian Yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.Mereka bergembira Dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), Bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang Yang beriman". AALI IMRAN:169-171

"dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa Yang terbunuh Dalam perjuangan membela ugama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang Yang hidup (dengan keadaan hidup Yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya". AL-BAQARAH:15


Jelas, kematian Osama bukanlah bermakna semua pejuang-pejuang Islam akan turut terkubur sama. Pasti umat islam akan bangkit..Allahuakhbar.












Wednesday, April 27, 2011

UCAPAN SULUNG YDP

Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Yang di kasihi saudara dan saudari pengerusi majlis, Yang berusaha, En Shaari Bin Osman, Pengarah IPG Kampus Ilmu Khas, Yang Berusaha, Puan Rohana Binti Kamaruddin, Timbalan Pengarah IPG Kampus Ilmu Khas, Yang dihormati Encik Amiruddin Bin Zainuddin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan, Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Unit, pensyarah-pensyarah kanan,
barisan pensyarah, ahli-ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar serta rakan-rakan pelajar IPG Kampus Ilmu Khas yang dihormati sekalian.

Alhamdulillah,

Bersyukur kita kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurniannya dapat kita sama-sama berkumpul dalam perhimpunan bulanan bagi bulan april anjuran Jabatan Ilmu Pendidikan yang bertemakan “Pendidikan Awal Kanak-kanak”

Di hari yang penuh bertuah ini, rasanya masih tidak terlewat lagi kepada saya selaku wakil kepada pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Encik Shaari bin Osman dan Puan Rohana binti Kamaruddin kerana telah dilantik menjadi Pengarah dan Timbalan Pengarah yang baharu kepada warga IPG Kampus Ilmu Khas. Semoga kepimpinan mereka dapat memberikan satu anjakan dan tranformsi kepada kita semua dalam sama-sama memartabatkan profesionlisme keguruan di institut ini.

Hadirin dan Hadirat yang dihormati sekalian,

Saya Mohd Huzaifi bin Sulaiman, Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Ilmu Khas ingin memanjatkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada seluruh warga IPG Kampus Ilmu Khas kerana telah memberi kepercayaan mengundi dan memilih kami sepasukan untuk memimpin organisasi jawatankuasa perwakilan pelajar bagi sesi 2011/2012 ini. Dengan penuh rasa tawaduk dan kerendahan hati, kami menerima amanah ini untuk berkhidmat kepada rakan pelajar sekalian dan pihak institut. Dengan bermotokan ‘dari pelajar untuk pelajar’, kami sejumlah 25 orang akan berusaha untuk membawa suara-suara rakan pelajar sekalian kepada pihak Institut melalui saluran yang betul. Suara-suara rakan pelajar serta aktiviti-aktiviti yang terpimpin dan terarahkan kepada penglibatan rakan-rakan sekalian menjadi keutamaan kepada JPP pada kali ini.

Untuk makluman semua, bagi memastikan kelancaran matlamat dan semua perancangan kami, setiap exco JPP pada tahun ini dikehendaki mewujudkan Key Performance Index (KPI) masing-masing. Hal ini bertujuan supaya matlamat dan perancangan dapat dijalankan dengan cara yang lebih terarah dan berfokus. Kami berharap KPI yang akan kami jalankan ini akan dapat meningkatkan prestasi setiap exco JPP dalam melaksanakan segala amanah yang telah dipertanggungjawabkan.

Akhir kata, saya menyeru rakan pelajar sekalian, ayuhlah kita bersama menyingsing lengan dan berganding bahu ke arah profesionlisme keguruan yang kita cintai di IPG Kampus Ilmu Khas dan kepada rakan seperjuangan dalam Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, sekarang adalah masa yang sangat mencabar bagi kita semua. Namun semua ini adalah pemangkin ke arah membina kepimpinan masa depan kita dan saya yakin kita mampu untuk mencetuskan satu transformasi membantu pihak Institut dan rakan pelajar sekalian dalam memacu kecemerlangan ke arah yang lebih tinggi. Insyaallah.

Saya panjatkan doa ke hadrat Ilahi supaya terus dikurniakan kekuatan, kemudahan hikmah dan ilham yang baik dalam melakasanakan segala peracangan yang telah dan akan dirancang.

Sekian daripada saya, segala yang baik itu dating daripada Allah S.W.T dan yang kurang itu dating daripada kelemahan saya sendiri dan saya akhiri ucapan saya dengan kalimah wabilahitaufiq wal hidayah, Assalamualaikum w.b.t.

Mohd Huzaifi bin Sulaiman

Yang Dipertua,

IPG Kampus Ilmu Khas

26/04/2011

Monday, January 24, 2011

SetapaK?



Yup!! Setapak lg team AC Royal nak ke separuh akhir dalam pertandingan futsal ajuran kolej ke-5 UM. Kalah kepada pasukan Dani FC A 0-2 pada peringkat suku akhir.. amat merugikan namun masih ader peningkatan berbanding sebelum ni.. Prestasi setiap pemain amat memuaskan walaupun bolos 5 gol namun berjaya membuat 4 clean sheets..

Inilah barisan pemain yang diketuai peruz serta rakan-rakan lain itu alif, darimi, anip, zizi, shahrul dan saya sendiri selaku keeper..

GO AC ROYAL GO!!!!

Saturday, January 8, 2011

KiSaH PeNjUaL TeMpE


Kisah Penjual Tempe

Bagus kisah nih. Sesungguhnya tiada kuasa lain yang dapat menandingi kekuasaan Allah swt..amin

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi.Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe . Amin"

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe . Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi.

"Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe , Amin".


Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.

Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa.

"Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin".

Lalu dia pun berangkat di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya. Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.

Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe . Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi.Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Ya Allah,berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita. "Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya "Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun ra sa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?" Wanita itu menerangkan bahawa anakn ya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England ,si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap. Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan...

Moral:

Pertama : Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

Kedua : Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan

Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU ,menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan...oleh itu, hantarlah kepada sahabat yang lain agar kebaikan boleh sama dikongsi. Mudah-mudahan Allah suka dengan apa yang kita buat( ",) ..

* Y A K I N D E N G A N J A N J I A L L A H *

Sunday, January 2, 2011

Malas??



Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t.. dengan maha pemurahnya membenarkan penulis bernafas sehingga ke hari ini..


Malas? kenapa malas? Yup.. esok bermulanya kelas.. penulis terasa berat hati nak ke kelas.. terutamanya kerana berjauhan dengan isteri tercinta.. Namun, kita tidak sepatutnya malas kerana menuntut ilmu adalah tuntuan. Penulis teringat lagi dengan pesanan seorang ustaz


"biarlah ikhlas menuntut ilmu"
"jangan kita menipu dalam menuntut ilmu"


Itulah beberapa patah kata yang memberi peringatan kepada penulis dan sahabat dalam menuntut ilmu. Rasulullah S.A.W pernah bersabda:

“Menuntut ilmu wajib bagi setiap muslim dan muslimah”

Justeru, jika kita masih mangakui bahawa diri ini masih islam, maka wajiblah menuntut ilmu. Jangan hanya mencari ilmu kerana berkehendakkan segulung ijazah atau hanya kerana ingin menduduki peperiksaan kerana menuntut ilmu dengan cara sebegitu tidak memberi apa-apa makna disisi islam. Biarlah kita ikhlas dalam menuntut ilmu biarlah apa jua ilmu pun kerana ianya akan memberi manfaat kepada kita semua. Ini hanyalah peringatan yang penulis cuba pasakkan dalam hati penulis mahupun sahabat-sahabat sekalian.

Sekian...

"Ilmu tanpa amal ibarat pepohon yang tidak berbuah"



SeLaMat TaHuN BaRu!!



Selamat Tahun Baru 2011 kepada insan yang di sayangi, isteri, emak, mertua dan adik beradik sekalian..