Saturday, July 7, 2012

LaGi ArTiS beRtuDunG?

Assalamualaikum wbt..


  Waktu boring-boring mcm ni , aku terbaca post-post dr blog Ujang.. entah mcm mana la aku dpt bukak blog tu tp best jugak.. banyak entry2 menarik.. tak la minat sgt namun tiba2 terpandang satu entry mengenai seorang artis iaitu Syarifah Sofia yang seolah2 mempertikaikan kenapa hari valentine haram.. dalam hati terasa nak marah, namun apabila dibuka post tersebut ternyata hati aku terdetik untuk memuji artis ini.. trnyata dia hanya ingin betanya kenapa hari valentine tu haram... dan komenla beberapa orang peminatnya yang berkata hari valentine tu bukan hari untuk menunjukkan rasa kasih sayang pada pasangan tersayang tetapi hanyalah untuk meraikan hari kejatuhan islam... jadi mungkin dia menyiasat dan membuat bahan bacaan lanjut mengenai hari haram ini... so post berikutnya dia telah menyatakan kenapa hari valentine tu haram.. aku puji, dia tak tahu, sebab tu dia tanya.. asal nak marah padanya tp terjadi pujian pulak hehe..


   Tup2 selang beberapa saat selepas itu aku terbaca satu post FB dari page Oh! Media yang meng'share'kan satu artikel dari website ini http://ohartis.com/2012/07/sharifah-sofia-kini-bertudung/ yang bertajuk Sharifah Sofia kini bertudung..





dalam hati Allhamdulillah...dia telah membuat satu penghijrahan yang lebih baik berbanding sebelum ini.. walaupun aku masih tidak pasti penglibatan dia seterusnya dalam gerak kerja memperjuangkan islam namun setidak-tidaknya ianya  satu petanda positif terhadap kebangkitan islam selepas sebelum ini beberapa orang artis yang telah berubah dan bersama-sama dengan Jemaah Parti Islam Semalaysia untuk sama2 berjuang menegakkan agama Allah terutama dibumi Malaysia..






antaranya ialah




Aisyah 



Sham Kamikaze


Bob Lokman


Hairie Othman


Abby Abadi

Allamdulillah..............
TAKBIR!!!

Tuesday, July 3, 2012

KeLeBiHaN & DoA SOlaT SuNaT DHuHa




Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:

“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”(Riwayat Ahmad)
Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:

“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)




Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).

Cara Ringkas Solat @ Sembahyang Sunat Dhuha :



Rakaat : 2,4,6 hingga 12

Waktu : 10 pagi, atau antara 7am - 1pm petang sebelum waktu zohor, “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).


1. Rakaat Pertama "Allahuakbar" & Niat dalam hati :

++ "Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"

++ Baca Alfatihah hingga akhir

++ Baca Surah, pendek pun takpa. (paling elok surah As-Syams )


2. Rakaat Kedua

++ Baca Alfatihah

++ Baca Surah, pendek pun takpa. (paling afdhal surah Addhuha)

++ Tahiyyat akhir & Beri Salam..


3. Doa 

++ Mohon Allah murahkan rezeki kita..berkati kerja kita.

++ Doa apa sahaja..mengadulah pada Allah.

++ Bahasa melayu, jawa, nogori, iban apa saja semua boleh, Doalah.


Doa Solat Sunat Dhuha



Monday, July 2, 2012

TaHNiaH La RoJa!!

Assalamualaikum wbt..


Akhirnya demam bola euro 2012 melabuhkan tirainya pada pg tadi.. akhirnya Sepanyol berjaya mengalahkan Itali pada perlawanan akhir dengan jaringan yang langsung tak diduga iaitu 4-0




banyak tu kalau maen kat final.. kurang-kurang patut kalah 2-0.. apa pun tahniah pada Sepanyol.. berjaya mengekalkan kejuaraan dan berjaya mencatat sejarah pasukan pertama yang berjaya mengekalkan kejuaraan eropah.. Aik... macam banyak pulak aku duk puji Sepanyol.. aku bukannya penyokong Sepanyol.. Kali ini aku sokong Jerman... Kenapa Jerman? aku pun tak tahu... mungkin sebab ada si Podolski ni kut...




tapi dia bagiku langsung tak menyerlah walaupun berjaya menjaringkan 1 gol...takla minat sangat tp musim depan dia akan jadi The Gunners.. mungkin sebab tu kut aku sokong Jerman kali ni. Padahal sebelum-sebelum ni aku sokong Belanda haha.. 



pasukan Jerman

Berbicara pasal bola kali ni.. aku sebenarnya langsung tak pernah tengok FULL MATCH secara LIVE. Rekod peribadi yang begitu mengejutkan telah aku buat huhu.  Namun aku setiasa juga layan siaran ulangan pada keesokan hari jika ada masa terluang.. entahlah, aku pun tak tahu.. cuma yang aku rasa adalah rugi sangat2 bangun tengok bola kali ni... BETTER aku bangun bertahajud dari tengok bola...Mungkinkan minat aku untuk menonton bola sudah pudar? entahlah, tengok  EPL musim depanla camne.. Namun aku tetap bersyukur.. semua orang tahu bangun tengah malam tengok bola adalah satu perkara yang sia-sia.. ianya cuma untuk menuruti fitrah nafsu semata-semata.. bukannya untuk menuruti fitah kehidupan yang hakiki sebagai seorang hamba Allah.. 

Bola sebiji memang memberi masalah kepada yang meminggirkan terus hukum Allah.. kerana bola manusia boleh lalai dari menunaikan solat fardu, kerana bola manusia boleh bergaduh, bermasam muka, cemuh mencemuh, kerana bola juga manusia sanggup menghabiskan duit daripada menghulurkan sedekah kepada insan yang amat memerlukan, dan kerana bola juga manusia mengabaikan aurat... harus diingat bola bukan segalanya... 

Wassalam...

'Bola bukan tiket untuk meletakkan sementera hukum Allah di tepian'




Tuesday, June 26, 2012

Antara KANCIL, EVO 7 & FeRRaRi...........


u
Kelihatan sebuah kancil putih tersadai di sebelah lane kerosakan. Ada orang tua yang berdiri disebelahnya,pemilik kancil tu sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu.tidak ada sebuah kereta pun berhenti.tiba-tiba datangla sebuah kereta evo 7 berhenti di sebelah kancil tadi.



“Ada apa nie pakcik,kereta rosak ke?”tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an.


”aha rosak “jawap pakcik tu simple aje….

“Ok,cam nie,saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol”mamat nie bagi idea.

“worrait gak tu…”, tapi….nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high beam”

“Ok pakcik”..mamat nie pun ikatlah tali kat kereta kancil didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evonye. dia pun jalanla..dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima kilometer mamat nie laju le sikit,apalagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu.Mamat tu pun slowkan balik..

Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan press minyak kat mamat evo7.apa lagi,jiwa muda patang dicabar, dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie…lupa la pulak dia
dengan kancil org tua yg diikat kat belakang kereta dia.

Orang tua tu punya la hangin satu badan,dia pun hon dan bagi hi beam bagai nak rak.Mamat evo7 tu dah tak sedar dah angin punya pasal. Kebetulan pilak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan.

Vrooommm……bedesup peginye… ini dah lebih speed limit nie…kate polis nie..cecah 250kmj memasing nie… Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman kereta-kereta yg laju nie…

“Over..over,ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju,sebuah ferrari,sebuah evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punye……… 

Sebuah kancil putih tengah cucuk angin evo7 tu
dan bagi hon dan hi beam nak potong!!!

Friday, June 8, 2012

Cara mneghindari Perasaan Dengki & Cemburu


Bagaimana cara menghindari penyakit hasad dengki, cemburu, dendam dan seumpamanya?




Menurut al-Zubair bin al-‘Awwam r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Telah menimpa ke atas kamu penyakit umat terdahulu, iaitu hasad dan benci, iaitu perasaan benci menyebabkan seseorang meninggalkan agama.”
– Hadis hasan riwayat al-Tirmizi.

Cara menghindari penyakit ini:

1. Rendahkan diri kepada ALLAH SWT dan banyakkan berdoa:

Allahummahdi qalbi waslul sakhiimati sodri

Maksudnya: “Ya ALLAH, tunjukkan hatiku ke jalan yang benar dan keluarkan segala penyakit hati dari diriku.”

2. Kajilah al-Quran dan banyakkan membaca ayat-ayat berkaitan hasad. Mudah-mudahan hati bergetar dan menambahkan ketakutan dalam diri.

3. Banyak membaca sejarah kehidupan Nabi s.a.w tentang cara baginda menjauhi sifat itu seperti Kitab Nurul Yakin fi Sirah Sayyid al-Mursalin.

4. Membaca kisah para sahabat mengenai adab dan akhlak mereka seperti Kitab Suwar Min Hayat al-Sahabah, karya Abdul Rahman Ra’fat al-Basha.

5. Apabila syaitan cuba menimbulkan perasaan itu dalam diri kamu, segeralah membaca isti’azah.

6. Jangan risau kejahatan yang dimainkan oleh hati kerana ia tidak dihisab.

Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah r.h berkata: “Tidak dihisab terhadap apa yang dimainkan dalam diri manusia. Tetapi, dia dihisab atas apa yang dikatakan atau dilakukannya.”

7. Banyak memberi hadiah dan salam kepada orang yang dihasad untuk menimbulkan perasaan sayang.

Sabda Nabi s.a.w: “Mahukah aku ajar kepada kamu suatu perkara jika kamu lakukan bersama-sama akan menambahkan kasih sayang, iaitu sentiasa memberi salam antara kamu.”
–Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Tirmizi.

Wallahu a’lam.

Ustaz Mohd Noor

Wednesday, January 4, 2012


PERUTUSAN YDP IPG KAMPUS ILMU KHAS SEMPENA SEMESTER BAHARU 2012


Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T dengan limpah dan kurnia-Nya beserta dengan nikmat kesihatan yang tidak terhingga dapat kita sama-sama melangkah ke tahun 2012 bagi menyambung pengajian kita dibumi Kampus Ilmu Khas yang kita kasihi sekalian. Mudah-mudahan langkahan yang diiringi dengan azam dan semangat yang berkobar-kobar akan mendapat keredhaan dan keberkatan Allah S.W.T.

Bermulanya semester baharu ini membuktikan masa begitu pantas meninggalkan kita. Sedar tidak sedar kehidupan kita di kampus semakin sampai ke penghujungnya. Paling ketara perbezaan kita pada tahun ini berbanding tahun lepas adalah bertambahnya satu angka pada umur kita yang membuktikan kita sepatutnya lebih matang berbanding tahun-tahun sebelum ini. Sifat matang sepatutnya berkembang seiring dengan penambahan umur kita. Lebih-lebih lagi kita sebagai seorang mahasiswa yang akan menjadi seorang guru kelak perlu bersifat lebih matang dan produktif ke arah untuk mencapai kecemerlangan diri sebagai pendidik. Namun saya ingin tegaskan kepada sahabat-sahabat sekalian supaya jangan sesekali lupa kepada kecemerlangan akhirat.

Sahabat-sahabat mahasiswa yang dikasihi sekalian,

‘Musim’ baru kita pada semester ini akan diserikan dengan kepulangan sahabat TEFL Cohort 1 dari Negera Kanggaru. Mereka akan menyambung baki 1 tahun pengajian mereka di sini. IPG kita juga turut diserikan dengan kehadiran ‘abang dan kakak junior’ daripada program GSTT KPLI yang akan mula mendaftar pada 9 Jan 2012. Namun seri yang kita kecapi tidak dapat dikongsi bersama abang dan kakak pismp ambilan Januari 2008 yang baru sahaja menamatkan pengajian mereka di sini. Walau bagaimanapun sekalung tahniah kepada mereka kerana berjaya menempuhi alam pembelajaran mereka dengan cemerlang. Mudah-mudahan mereka dapat mencurahkan bakti kepada anak bangsa dengan penuh ikhlas untuk mendidik.

Sahabat sekalian,

Saya ingin melaungkan bahawa kita sebagai mahasiswa bakal guru merupakan aset yang penting kepada negara dan masyarakat kerana kitalah yang akan mencorak anak bangsa kelak. Cemerlangnya kita mendidik anak bangsa kita, cemerlanglah masyarakat kita mendatang. Persoalannya, bagaimanakah kita ingin mendidik anak bangsa kita dengan cemerlang? Rasanya jawapannya ada dalam diri rakan-rakan mahasiswa sekalian. Saya percaya masyarakat diluar sana percaya dengan kebolehan kita namun kita mesti membalas kepercayaan mereka dengan melahirkan anak bangsa yang cemerlang daripada segenap aspek.

Di sini juga saya ingin menggesa kepada mahsiswa kampus sekalian supaya lebih berani menonjolkan diri dimedan sebenar dan bukannya hanya sekadar menonjol di laman muka buku, laman ruang saya dan mana-mana laman sosial yang lain. Bukannya salah tapi di alam nyata momentemnya lebih ampuh dan menunjukkan sikap profesional kita yang tinggi berbanding di alam maya. Cuba realitikan idea-idea yang sering kita paparkan pada ruangan laman sosial demi kemajuan mahasiswa IPG Kampus Ilmu Khas. Hapuskan sikap-sikap negatif yang selama ini menjadi tembok kepada kita dalam usaha untuk mencemerlangkan diri.

Untuk akhirnya, marilah kita sama-sama mendoakan kejayaan kita pada semester baharu ini. Azam yang tinggi tanpa tindakan juga menjadikan matlamat kita menjadi sia-sia. Kita perlu mengkaji dan meneliti setiap perancangan secara holistik supaya hasilnya menuju kepada kesempurnaan. Sebelum saya mengundur diri, saya ingin memohon maaf kepada seluruh mahasiswa IPG Kampus Ilmu jika ada kesilapan ketara mahupun selindung disepanjang saya meneraju tampuk pimpinan sebagai Yang Dipertua Pelajar. Mudah-mudahan iringan doa sahabat sekalian pada semester baharu ini dapat menjadikan saya lebih cekap dan efisyen dalam memikul amanah yang terlalu besar ini.

Sekian daripada saya, terima kasih.

Daripada Pelajar Untuk Pelajar

Yang benar,

____________

Mohd Huzaifi Bin Sulaiman

YDP IPG Kampus Ilmu Khas

'DARIPADA PELAJAR UNTUK PELAJAR'