Sunday, January 2, 2011

Malas??



Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t.. dengan maha pemurahnya membenarkan penulis bernafas sehingga ke hari ini..


Malas? kenapa malas? Yup.. esok bermulanya kelas.. penulis terasa berat hati nak ke kelas.. terutamanya kerana berjauhan dengan isteri tercinta.. Namun, kita tidak sepatutnya malas kerana menuntut ilmu adalah tuntuan. Penulis teringat lagi dengan pesanan seorang ustaz


"biarlah ikhlas menuntut ilmu"
"jangan kita menipu dalam menuntut ilmu"


Itulah beberapa patah kata yang memberi peringatan kepada penulis dan sahabat dalam menuntut ilmu. Rasulullah S.A.W pernah bersabda:

“Menuntut ilmu wajib bagi setiap muslim dan muslimah”

Justeru, jika kita masih mangakui bahawa diri ini masih islam, maka wajiblah menuntut ilmu. Jangan hanya mencari ilmu kerana berkehendakkan segulung ijazah atau hanya kerana ingin menduduki peperiksaan kerana menuntut ilmu dengan cara sebegitu tidak memberi apa-apa makna disisi islam. Biarlah kita ikhlas dalam menuntut ilmu biarlah apa jua ilmu pun kerana ianya akan memberi manfaat kepada kita semua. Ini hanyalah peringatan yang penulis cuba pasakkan dalam hati penulis mahupun sahabat-sahabat sekalian.

Sekian...

"Ilmu tanpa amal ibarat pepohon yang tidak berbuah"



1 comment:

  1. jauh di mata ,dekat jua di handphone,lg dekat di hati....ingt sentiasa pesanku jdlah dirimu contoh tauladan pd yg lain..perkahwinan menjadikan dirimu lebih cemerlang dan maju,bukan melemahkn semangat mu syg...perjuangan harus diteruskan..rajinlah demi masa depan kita sekeluarga...

    ReplyDelete