Waktu boring-boring mcm ni , aku terbaca post-post dr blog Ujang.. entah mcm mana la aku dpt bukak blog tu tp best jugak.. banyak entry2 menarik.. tak la minat sgt namun tiba2 terpandang satu entry mengenai seorang artis iaitu Syarifah Sofia yang seolah2 mempertikaikan kenapa hari valentine haram.. dalam hati terasa nak marah, namun apabila dibuka post tersebut ternyata hati aku terdetik untuk memuji artis ini.. trnyata dia hanya ingin betanya kenapa hari valentine tu haram... dan komenla beberapa orang peminatnya yang berkata hari valentine tu bukan hari untuk menunjukkan rasa kasih sayang pada pasangan tersayang tetapi hanyalah untuk meraikan hari kejatuhan islam... jadi mungkin dia menyiasat dan membuat bahan bacaan lanjut mengenai hari haram ini... so post berikutnya dia telah menyatakan kenapa hari valentine tu haram.. aku puji, dia tak tahu, sebab tu dia tanya.. asal nak marah padanya tp terjadi pujian pulak hehe..
Tup2 selang beberapa saat selepas itu aku terbaca satu post FB dari page Oh! Media yang meng'share'kan satu artikel dari website ini http://ohartis.com/2012/07/sharifah-sofia-kini-bertudung/ yang bertajuk Sharifah Sofia kini bertudung..
dalam hati Allhamdulillah...dia telah membuat satu penghijrahan yang lebih baik berbanding sebelum ini.. walaupun aku masih tidak pasti penglibatan dia seterusnya dalam gerak kerja memperjuangkan islam namun setidak-tidaknya ianya satu petanda positif terhadap kebangkitan islam selepas sebelum ini beberapa orang artis yang telah berubah dan bersama-sama dengan Jemaah Parti Islam Semalaysia untuk sama2 berjuang menegakkan agama Allah terutama dibumi Malaysia..
Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”(Riwayat Ahmad)
Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.
Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:
“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)
Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.
Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)
Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).
Cara Ringkas Solat @ Sembahyang Sunat Dhuha :
Rakaat : 2,4,6 hingga 12
Waktu : 10 pagi, atau antara 7am - 1pm petang sebelum waktu zohor, “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).
1. Rakaat Pertama "Allahuakbar" & Niat dalam hati :
++ "Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
Akhirnya demam bola euro 2012 melabuhkan tirainya pada pg tadi.. akhirnya Sepanyol berjaya mengalahkan Itali pada perlawanan akhir dengan jaringan yang langsung tak diduga iaitu 4-0
banyak tu kalau maen kat final.. kurang-kurang patut kalah 2-0.. apa pun tahniah pada Sepanyol.. berjaya mengekalkan kejuaraan dan berjaya mencatat sejarah pasukan pertama yang berjaya mengekalkan kejuaraan eropah.. Aik... macam banyak pulak aku duk puji Sepanyol.. aku bukannya penyokong Sepanyol.. Kali ini aku sokong Jerman... Kenapa Jerman? aku pun tak tahu... mungkin sebab ada si Podolski ni kut...
tapi dia bagiku langsung tak menyerlah walaupun berjaya menjaringkan 1 gol...takla minat sangat tp musim depan dia akan jadi The Gunners.. mungkin sebab tu kut aku sokong Jerman kali ni. Padahal sebelum-sebelum ni aku sokong Belanda haha..
pasukan Jerman
Berbicara pasal bola kali ni.. aku sebenarnya langsung tak pernah tengok FULL MATCH secara LIVE. Rekod peribadi yang begitu mengejutkan telah aku buat huhu. Namun aku setiasa juga layan siaran ulangan pada keesokan hari jika ada masa terluang.. entahlah, aku pun tak tahu.. cuma yang aku rasa adalah rugi sangat2 bangun tengok bola kali ni... BETTER aku bangun bertahajud dari tengok bola...Mungkinkan minat aku untuk menonton bola sudah pudar? entahlah, tengok EPL musim depanla camne.. Namun aku tetap bersyukur.. semua orang tahu bangun tengah malam tengok bola adalah satu perkara yang sia-sia.. ianya cuma untuk menuruti fitrah nafsu semata-semata.. bukannya untuk menuruti fitah kehidupan yang hakiki sebagai seorang hamba Allah..
Bola sebiji memang memberi masalah kepada yang meminggirkan terus hukum Allah.. kerana bola manusia boleh lalai dari menunaikan solat fardu, kerana bola manusia boleh bergaduh, bermasam muka, cemuh mencemuh, kerana bola juga manusia sanggup menghabiskan duit daripada menghulurkan sedekah kepada insan yang amat memerlukan, dan kerana bola juga manusia mengabaikan aurat... harus diingat bola bukan segalanya...
Wassalam...
'Bola bukan tiket untuk meletakkan sementera hukum Allah di tepian'
Kelihatan sebuah kancil putih tersadai di
sebelah lane kerosakan. Ada orang tua yang berdiri disebelahnya,pemilik
kancil tu sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya
membantu.tidak ada sebuah kereta pun berhenti.tiba-tiba datangla sebuah
kereta evo 7 berhenti di sebelah kancil tadi.
“Ada apa nie pakcik,kereta rosak ke?”tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an.
”aha rosak “jawap pakcik tu simple aje….
“Ok,cam nie,saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol”mamat nie bagi idea.
“worrait gak tu…”, tapi….nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high beam”
“Ok
pakcik”..mamat nie pun ikatlah tali kat kereta kancil didepan dan
hujungnya diikat dibelakang bumper evonye. dia pun jalanla..dengan slow
dan berhati-hati. Dalam lima kilometer mamat nie laju le sikit,apalagi
pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu.Mamat tu pun
slowkan balik..
Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang
dan press minyak kat mamat evo7.apa lagi,jiwa muda patang dicabar, dia
pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie…lupa la pulak dia
dengan kancil org tua yg diikat kat belakang kereta dia.
Orang
tua tu punya la hangin satu badan,dia pun hon dan bagi hi beam bagai
nak rak.Mamat evo7 tu dah tak sedar dah angin punya pasal. Kebetulan
pilak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan.
Vrooommm……bedesup
peginye… ini dah lebih speed limit nie…kate polis nie..cecah 250kmj
memasing nie… Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya
saman kereta-kereta yg laju nie…
“Over..over,ada tiga buah
kenderaan memandu melebihi had laju,sebuah ferrari,sebuah evo7 dan
sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punye………
Bagaimana cara menghindari penyakit hasad dengki, cemburu, dendam dan seumpamanya?
Menurut
al-Zubair bin al-‘Awwam r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Telah menimpa ke
atas kamu penyakit umat terdahulu, iaitu hasad dan benci, iaitu perasaan
benci menyebabkan seseorang meninggalkan agama.” – Hadis hasan riwayat al-Tirmizi.
Cara menghindari penyakit ini:
1. Rendahkan diri kepada ALLAH SWT dan banyakkan berdoa:
Allahummahdi qalbi waslul sakhiimati sodri
Maksudnya: “Ya ALLAH, tunjukkan hatiku ke jalan yang benar dan keluarkan segala penyakit hati dari diriku.”
2.
Kajilah al-Quran dan banyakkan membaca ayat-ayat berkaitan hasad.
Mudah-mudahan hati bergetar dan menambahkan ketakutan dalam diri.
3.
Banyak membaca sejarah kehidupan Nabi s.a.w tentang cara baginda
menjauhi sifat itu seperti Kitab Nurul Yakin fi Sirah Sayyid
al-Mursalin.
4. Membaca kisah para sahabat mengenai adab dan
akhlak mereka seperti Kitab Suwar Min Hayat al-Sahabah, karya Abdul
Rahman Ra’fat al-Basha.
5. Apabila syaitan cuba menimbulkan perasaan itu dalam diri kamu, segeralah membaca isti’azah.
6. Jangan risau kejahatan yang dimainkan oleh hati kerana ia tidak dihisab.
Syeikh
al-Islam Ibn Taimiyah r.h berkata: “Tidak dihisab terhadap apa yang
dimainkan dalam diri manusia. Tetapi, dia dihisab atas apa yang
dikatakan atau dilakukannya.”
7. Banyak memberi hadiah dan salam kepada orang yang dihasad untuk menimbulkan perasaan sayang.
Sabda
Nabi s.a.w: “Mahukah aku ajar kepada kamu suatu perkara jika kamu
lakukan bersama-sama akan menambahkan kasih sayang, iaitu sentiasa
memberi salam antara kamu.” –Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Tirmizi.
Wallahu a’lam.
Ustaz Mohd Noor
Wednesday, January 4, 2012
PERUTUSAN YDP IPG KAMPUS ILMU KHAS SEMPENA SEMESTER BAHARU 2012
Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T dengan limpah dan kurnia-Nya beserta dengan nikmat kesihatan yang tidak terhingga dapat kita sama-sama melangkah ke tahun 2012 bagi menyambung pengajian kita dibumi Kampus Ilmu Khas yang kita kasihi sekalian. Mudah-mudahan langkahan yang diiringi dengan azam dan semangat yang berkobar-kobar akan mendapat keredhaan dan keberkatan Allah S.W.T.
Bermulanya semester baharu ini membuktikan masa begitu pantas meninggalkan kita. Sedar tidak sedar kehidupan kita di kampus semakin sampai ke penghujungnya. Paling ketara perbezaan kita pada tahun ini berbanding tahun lepas adalah bertambahnya satu angka pada umur kita yang membuktikan kita sepatutnya lebih matang berbanding tahun-tahun sebelum ini. Sifat matang sepatutnya berkembang seiring dengan penambahan umur kita. Lebih-lebih lagi kita sebagai seorang mahasiswa yang akan menjadi seorang guru kelak perlu bersifat lebih matang dan produktif ke arah untuk mencapai kecemerlangan diri sebagai pendidik. Namun saya ingin tegaskan kepada sahabat-sahabat sekalian supaya jangan sesekali lupa kepada kecemerlangan akhirat.
Sahabat-sahabat mahasiswa yang dikasihi sekalian,
‘Musim’ baru kita pada semester ini akan diserikan dengan kepulangan sahabat TEFL Cohort 1 dari Negera Kanggaru. Mereka akan menyambungbaki 1 tahun pengajian mereka di sini. IPG kita juga turut diserikan dengan kehadiran ‘abang dan kakak junior’ daripada program GSTT KPLI yang akan mula mendaftar pada 9 Jan 2012. Namun seri yang kita kecapi tidak dapat dikongsi bersama abang dan kakak pismp ambilan Januari 2008 yang baru sahaja menamatkan pengajian mereka di sini. Walau bagaimanapun sekalung tahniah kepada mereka kerana berjaya menempuhi alam pembelajaran mereka dengan cemerlang. Mudah-mudahan mereka dapat mencurahkan bakti kepada anak bangsa dengan penuh ikhlas untuk mendidik.
Sahabat sekalian,
Saya ingin melaungkan bahawa kita sebagai mahasiswa bakal guru merupakan aset yang penting kepada negara dan masyarakat kerana kitalah yang akan mencorak anak bangsa kelak. Cemerlangnya kita mendidik anak bangsa kita, cemerlanglah masyarakat kita mendatang. Persoalannya, bagaimanakah kita ingin mendidik anak bangsa kita dengan cemerlang?Rasanya jawapannya ada dalam diri rakan-rakan mahasiswa sekalian. Saya percaya masyarakat diluar sana percaya dengan kebolehan kita namun kita mesti membalas kepercayaan mereka dengan melahirkan anak bangsa yang cemerlang daripada segenap aspek.
Di sini juga saya ingin menggesa kepada mahsiswa kampus sekalian supaya lebih berani menonjolkan diri dimedan sebenar dan bukannya hanya sekadar menonjol di laman muka buku, laman ruang saya dan mana-mana laman sosial yang lain. Bukannyasalah tapi di alam nyata momentemnya lebih ampuh dan menunjukkan sikap profesional kita yang tinggi berbanding di alam maya. Cuba realitikan idea-idea yang sering kita paparkan pada ruangan laman sosial demi kemajuan mahasiswa IPG Kampus Ilmu Khas. Hapuskan sikap-sikapnegatif yang selama ini menjadi tembok kepada kita dalam usaha untuk mencemerlangkan diri.
Untuk akhirnya, marilah kita sama-sama mendoakan kejayaan kita pada semester baharu ini. Azam yang tinggi tanpa tindakan juga menjadikan matlamat kita menjadi sia-sia. Kita perlu mengkaji dan meneliti setiap perancangan secara holistik supaya hasilnya menuju kepada kesempurnaan. Sebelum saya mengundur diri, saya ingin memohon maaf kepada seluruh mahasiswa IPG Kampus Ilmu jika ada kesilapan ketara mahupun selindung disepanjang saya meneraju tampuk pimpinan sebagai Yang Dipertua Pelajar. Mudah-mudahan iringan doa sahabat sekalian pada semester baharu ini dapat menjadikan saya lebih cekap dan efisyen dalam memikul amanah yang terlalu besar ini.
"Abang2.. tadi ayang nampak seorang perempuan free hair ambik wudhuk.. dia basuh dulu make up dia pastu dia ambik wudhuk dengan penuh teliti.. pastu masa kat luar nampak sorang lelaki pakai seluar pendek keluarkan kain sarung dalam begnya untuk solat.. bagus kan?" bicara isteri kepadaku.. aku terdiam dan berfikir sejenak dan teringat dgn kalimah husnu zon..
Dengan kata mudah husnu zon merupakan prasangka baik.. Yup! kita perlu prasangka baik dengan semua orang..
'Jika bertemu seseorang maka yakinlah bahawa dia lebih baik daripada kamu'
tak siapa tahu.. mungkin kedudukannya di sisi Allah lebih baik daripada kita..
Siapa kita nak nilai seseorang? baikkah kita? Layakkah kita?
Bila direnung-renung kembali ramai yang tidak beramal dengan kalimah 'husnu zon'.. mudah prasangka buruk & prejudis terhadap sesorang walaupun hanya mengenali raut wajah sahaja...
apa yang penting.. kita mesti bermuahasabah diri.. adakah dgn sering berkopiah.. mempunyai penampilan ala2 islamik tetapi adakah itu semua diterima disisi Allah?
Umat islam masih gempar dengan berita yang diumumkan oleh Barack Obama yang mendakwa mereka telah berjaya membunuh pemimpin Al-Qaeda iaitu Osama bin Laden. Pelbagai reaksi dan persepsi mengenai kematian lelaki bernama Osama bin Laden yang amat ditakuti oleh Amerika Syarikat dan sekutunya..
Namun, Fiman Allah
"dan jangan sekali-kali Engkau menyangka orang-orang Yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (Mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki;(dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) Yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam Yang sedang berjuang), Yang masih tinggal di belakang, Yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (Iaitu) Bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian Yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.Mereka bergembira Dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), Bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang Yang beriman". AALI IMRAN:169-171
"dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa Yang terbunuh Dalam perjuangan membela ugama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang Yang hidup (dengan keadaan hidup Yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya". AL-BAQARAH:15
Jelas, kematian Osama bukanlah bermakna semua pejuang-pejuang Islam akan turut terkubur sama. Pasti umat islam akan bangkit..Allahuakhbar.
Yang di kasihi saudara dan saudari pengerusi majlis, Yang berusaha, En Shaari Bin Osman, Pengarah IPG Kampus Ilmu Khas, Yang Berusaha, Puan Rohana Binti Kamaruddin, Timbalan Pengarah IPG Kampus Ilmu Khas, Yang dihormati Encik Amiruddin Bin Zainuddin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan, Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Unit, pensyarah-pensyarah kanan, barisan pensyarah, ahli-ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar serta rakan-rakan pelajar IPG Kampus Ilmu Khas yang dihormati sekalian.
Alhamdulillah,
Bersyukur kita kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurniannya dapat kita sama-sama berkumpul dalam perhimpunan bulanan bagi bulan april anjuran Jabatan Ilmu Pendidikan yang bertemakan “Pendidikan Awal Kanak-kanak”
Di hari yang penuh bertuah ini, rasanya masih tidak terlewat lagi kepada saya selaku wakil kepada pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Encik Shaari bin Osman dan Puan Rohana binti Kamaruddin kerana telah dilantik menjadi Pengarah dan Timbalan Pengarah yang baharu kepadawarga IPG Kampus Ilmu Khas. Semoga kepimpinan mereka dapat memberikan satu anjakan dan tranformsi kepada kita semua dalam sama-sama memartabatkan profesionlisme keguruan di institut ini.
Hadirin dan Hadirat yang dihormati sekalian,
Saya Mohd Huzaifi bin Sulaiman, Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Ilmu Khas ingin memanjatkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada seluruh warga IPG Kampus Ilmu Khas kerana telah memberi kepercayaan mengundi dan memilih kami sepasukan untuk memimpin organisasi jawatankuasaperwakilan pelajar bagi sesi 2011/2012 ini. Dengan penuh rasa tawaduk dan kerendahan hati, kami menerima amanah ini untuk berkhidmat kepada rakan pelajar sekalian dan pihak institut. Dengan bermotokan ‘dari pelajar untuk pelajar’, kami sejumlah 25 orang akan berusaha untuk membawa suara-suara rakan pelajar sekalian kepada pihak Institut melalui saluran yang betul. Suara-suara rakan pelajar serta aktiviti-aktiviti yang terpimpin dan terarahkan kepada penglibatan rakan-rakan sekalian menjadi keutamaan kepada JPP pada kali ini.
Untuk makluman semua, bagi memastikan kelancaran matlamat dan semua perancangan kami, setiap exco JPP pada tahun ini dikehendaki mewujudkan Key Performance Index (KPI) masing-masing. Hal ini bertujuan supaya matlamat dan perancangan dapat dijalankan dengan cara yang lebih terarah dan berfokus. Kami berharap KPI yang akan kami jalankan ini akan dapat meningkatkan prestasi setiap exco JPP dalam melaksanakan segala amanah yang telah dipertanggungjawabkan.
Akhir kata, saya menyeru rakan pelajar sekalian, ayuhlah kita bersama menyingsing lengan dan berganding bahu ke arah profesionlisme keguruan yang kita cintai di IPG Kampus Ilmu Khas dan kepada rakan seperjuangan dalam Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, sekarang adalah masa yang sangat mencabar bagi kita semua. Namun semua ini adalah pemangkin ke arah membina kepimpinan masa depan kita dan saya yakin kita mampu untuk mencetuskan satu transformasi membantu pihak Institut dan rakan pelajar sekalian dalam memacu kecemerlangan ke arah yang lebih tinggi. Insyaallah.
Saya panjatkan doa ke hadrat Ilahi supaya terus dikurniakan kekuatan, kemudahan hikmah dan ilham yang baik dalam melakasanakan segala peracangan yang telah dan akan dirancang.
Sekian daripada saya, segala yang baik itu dating daripada Allah S.W.T dan yang kurang itu dating daripada kelemahan saya sendiri dan saya akhiri ucapan saya dengan kalimah wabilahitaufiq wal hidayah, Assalamualaikum w.b.t.
Yup!! Setapak lg team AC Royal nak ke separuh akhir dalam pertandingan futsal ajuran kolej ke-5 UM. Kalah kepada pasukan Dani FC A 0-2 pada peringkat suku akhir.. amat merugikan namun masih ader peningkatan berbanding sebelum ni.. Prestasi setiap pemain amat memuaskan walaupun bolos 5 gol namun berjaya membuat 4 clean sheets..
Inilah barisan pemain yang diketuai peruz serta rakan-rakan lain itu alif, darimi, anip, zizi, shahrul dan saya sendiri selaku keeper.. GO AC ROYAL GO!!!!
Bagus kisah nih. Sesungguhnya tiada kuasa lain yang dapat menandingi kekuasaan Allah swt..amin
Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.
Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi.Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.
Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe . Amin"
Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe . Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.
Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi.
"Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe , Amin".
Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.
Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa.
"Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin".
Lalu dia pun berangkat di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya. Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.
Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe . Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi.Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.
Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Ya Allah,berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."
Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita. "Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya "Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".
Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun ra sa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?" Wanita itu menerangkan bahawa anakn ya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England ,si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap. Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan...
Moral:
Pertama : Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.
Kedua : Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.
Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan
Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU ,menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan...oleh itu, hantarlah kepada sahabat yang lain agar kebaikan boleh sama dikongsi. Mudah-mudahan Allah suka dengan apa yang kita buat( ",) ..