Tuesday, June 26, 2012
Antara KANCIL, EVO 7 & FeRRaRi...........
Friday, June 8, 2012
Cara mneghindari Perasaan Dengki & Cemburu
Bagaimana cara menghindari penyakit hasad dengki, cemburu, dendam dan seumpamanya?
Menurut al-Zubair bin al-‘Awwam r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Telah menimpa ke atas kamu penyakit umat terdahulu, iaitu hasad dan benci, iaitu perasaan benci menyebabkan seseorang meninggalkan agama.”
– Hadis hasan riwayat al-Tirmizi.
Cara menghindari penyakit ini:
1. Rendahkan diri kepada ALLAH SWT dan banyakkan berdoa:
Allahummahdi qalbi waslul sakhiimati sodri
Maksudnya: “Ya ALLAH, tunjukkan hatiku ke jalan yang benar dan keluarkan segala penyakit hati dari diriku.”
2. Kajilah al-Quran dan banyakkan membaca ayat-ayat berkaitan hasad. Mudah-mudahan hati bergetar dan menambahkan ketakutan dalam diri.
3. Banyak membaca sejarah kehidupan Nabi s.a.w tentang cara baginda menjauhi sifat itu seperti Kitab Nurul Yakin fi Sirah Sayyid al-Mursalin.
4. Membaca kisah para sahabat mengenai adab dan akhlak mereka seperti Kitab Suwar Min Hayat al-Sahabah, karya Abdul Rahman Ra’fat al-Basha.
5. Apabila syaitan cuba menimbulkan perasaan itu dalam diri kamu, segeralah membaca isti’azah.
6. Jangan risau kejahatan yang dimainkan oleh hati kerana ia tidak dihisab.
Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah r.h berkata: “Tidak dihisab terhadap apa yang dimainkan dalam diri manusia. Tetapi, dia dihisab atas apa yang dikatakan atau dilakukannya.”
7. Banyak memberi hadiah dan salam kepada orang yang dihasad untuk menimbulkan perasaan sayang.
Sabda Nabi s.a.w: “Mahukah aku ajar kepada kamu suatu perkara jika kamu lakukan bersama-sama akan menambahkan kasih sayang, iaitu sentiasa memberi salam antara kamu.”
–Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Tirmizi.
Wallahu a’lam.
Ustaz Mohd Noor
Wednesday, January 4, 2012
PERUTUSAN YDP IPG KAMPUS ILMU KHAS SEMPENA SEMESTER BAHARU 2012
Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T dengan limpah dan kurnia-Nya beserta dengan nikmat kesihatan yang tidak terhingga dapat kita sama-sama melangkah ke tahun 2012 bagi menyambung pengajian kita dibumi Kampus Ilmu Khas yang kita kasihi sekalian. Mudah-mudahan langkahan yang diiringi dengan azam dan semangat yang berkobar-kobar akan mendapat keredhaan dan keberkatan Allah S.W.T.
Bermulanya semester baharu ini membuktikan masa begitu pantas meninggalkan kita. Sedar tidak sedar kehidupan kita di kampus semakin sampai ke penghujungnya. Paling ketara perbezaan kita pada tahun ini berbanding tahun lepas adalah bertambahnya satu angka pada umur kita yang membuktikan kita sepatutnya lebih matang berbanding tahun-tahun sebelum ini. Sifat matang sepatutnya berkembang seiring dengan penambahan umur kita. Lebih-lebih lagi kita sebagai seorang mahasiswa yang akan menjadi seorang guru kelak perlu bersifat lebih matang dan produktif ke arah untuk mencapai kecemerlangan diri sebagai pendidik. Namun saya ingin tegaskan kepada sahabat-sahabat sekalian supaya jangan sesekali lupa kepada kecemerlangan akhirat.
Sahabat-sahabat mahasiswa yang dikasihi sekalian,
‘Musim’ baru kita pada semester ini akan diserikan dengan kepulangan sahabat TEFL Cohort 1 dari Negera Kanggaru. Mereka akan menyambung baki 1 tahun pengajian mereka di sini. IPG kita juga turut diserikan dengan kehadiran ‘abang dan kakak junior’ daripada program GSTT KPLI yang akan mula mendaftar pada 9 Jan 2012. Namun seri yang kita kecapi tidak dapat dikongsi bersama abang dan kakak pismp ambilan Januari 2008 yang baru sahaja menamatkan pengajian mereka di sini. Walau bagaimanapun sekalung tahniah kepada mereka kerana berjaya menempuhi alam pembelajaran mereka dengan cemerlang. Mudah-mudahan mereka dapat mencurahkan bakti kepada anak bangsa dengan penuh ikhlas untuk mendidik.
Sahabat sekalian,
Saya ingin melaungkan bahawa kita sebagai mahasiswa bakal guru merupakan aset yang penting kepada negara dan masyarakat kerana kitalah yang akan mencorak anak bangsa kelak. Cemerlangnya kita mendidik anak bangsa kita, cemerlanglah masyarakat kita mendatang. Persoalannya, bagaimanakah kita ingin mendidik anak bangsa kita dengan cemerlang? Rasanya jawapannya ada dalam diri rakan-rakan mahasiswa sekalian. Saya percaya masyarakat diluar sana percaya dengan kebolehan kita namun kita mesti membalas kepercayaan mereka dengan melahirkan anak bangsa yang cemerlang daripada segenap aspek.
Di sini juga saya ingin menggesa kepada mahsiswa kampus sekalian supaya lebih berani menonjolkan diri dimedan sebenar dan bukannya hanya sekadar menonjol di laman muka buku, laman ruang saya dan mana-mana laman sosial yang lain. Bukannya salah tapi di alam nyata momentemnya lebih ampuh dan menunjukkan sikap profesional kita yang tinggi berbanding di alam maya. Cuba realitikan idea-idea yang sering kita paparkan pada ruangan laman sosial demi kemajuan mahasiswa IPG Kampus Ilmu Khas. Hapuskan sikap-sikap negatif yang selama ini menjadi tembok kepada kita dalam usaha untuk mencemerlangkan diri.
Untuk akhirnya, marilah kita sama-sama mendoakan kejayaan kita pada semester baharu ini. Azam yang tinggi tanpa tindakan juga menjadikan matlamat kita menjadi sia-sia. Kita perlu mengkaji dan meneliti setiap perancangan secara holistik supaya hasilnya menuju kepada kesempurnaan. Sebelum saya mengundur diri, saya ingin memohon maaf kepada seluruh mahasiswa IPG Kampus Ilmu jika ada kesilapan ketara mahupun selindung disepanjang saya meneraju tampuk pimpinan sebagai Yang Dipertua Pelajar. Mudah-mudahan iringan doa sahabat sekalian pada semester baharu ini dapat menjadikan saya lebih cekap dan efisyen dalam memikul amanah yang terlalu besar ini.
Sekian daripada saya, terima kasih.
Daripada Pelajar Untuk Pelajar
Yang benar,
____________
Mohd Huzaifi Bin Sulaiman
YDP IPG Kampus Ilmu Khas
'DARIPADA PELAJAR UNTUK PELAJAR'
Tuesday, September 20, 2011
husnu zon

Tuesday, May 3, 2011
Kematian Osama

"dan jangan sekali-kali Engkau menyangka orang-orang Yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (Mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki;(dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) Yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam Yang sedang berjuang), Yang masih tinggal di belakang, Yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (Iaitu) Bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian Yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.Mereka bergembira Dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), Bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang Yang beriman". AALI IMRAN:169-171
"dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa Yang terbunuh Dalam perjuangan membela ugama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang Yang hidup (dengan keadaan hidup Yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya". AL-BAQARAH:15
Wednesday, April 27, 2011
UCAPAN SULUNG YDP
Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Yang di kasihi saudara dan saudari pengerusi majlis, Yang berusaha, En Shaari Bin Osman, Pengarah IPG Kampus Ilmu Khas, Yang Berusaha, Puan Rohana Binti Kamaruddin, Timbalan Pengarah IPG Kampus Ilmu Khas, Yang dihormati Encik Amiruddin Bin Zainuddin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan, Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Unit, pensyarah-pensyarah kanan,
barisan pensyarah, ahli-ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar serta rakan-rakan pelajar IPG Kampus Ilmu Khas yang dihormati sekalian.
Alhamdulillah,
Bersyukur kita kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurniannya dapat kita sama-sama berkumpul dalam perhimpunan bulanan bagi bulan april anjuran Jabatan Ilmu Pendidikan yang bertemakan “Pendidikan Awal Kanak-kanak”
Di hari yang penuh bertuah ini, rasanya masih tidak terlewat lagi kepada saya selaku wakil kepada pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Encik Shaari bin Osman dan Puan Rohana binti Kamaruddin kerana telah dilantik menjadi Pengarah dan Timbalan Pengarah yang baharu kepada warga IPG Kampus Ilmu Khas. Semoga kepimpinan mereka dapat memberikan satu anjakan dan tranformsi kepada kita semua dalam sama-sama memartabatkan profesionlisme keguruan di institut ini.
Hadirin dan Hadirat yang dihormati sekalian,
Saya Mohd Huzaifi bin Sulaiman, Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Ilmu Khas ingin memanjatkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada seluruh warga IPG Kampus Ilmu Khas kerana telah memberi kepercayaan mengundi dan memilih kami sepasukan untuk memimpin organisasi jawatankuasa perwakilan pelajar bagi sesi 2011/2012 ini. Dengan penuh rasa tawaduk dan kerendahan hati, kami menerima amanah ini untuk berkhidmat kepada rakan pelajar sekalian dan pihak institut. Dengan bermotokan ‘dari pelajar untuk pelajar’, kami sejumlah 25 orang akan berusaha untuk membawa suara-suara rakan pelajar sekalian kepada pihak Institut melalui saluran yang betul. Suara-suara rakan pelajar serta aktiviti-aktiviti yang terpimpin dan terarahkan kepada penglibatan rakan-rakan sekalian menjadi keutamaan kepada JPP pada kali ini.
Untuk makluman semua, bagi memastikan kelancaran matlamat dan semua perancangan kami, setiap exco JPP pada tahun ini dikehendaki mewujudkan Key Performance Index (KPI) masing-masing. Hal ini bertujuan supaya matlamat dan perancangan dapat dijalankan dengan cara yang lebih terarah dan berfokus. Kami berharap KPI yang akan kami jalankan ini akan dapat meningkatkan prestasi setiap exco JPP dalam melaksanakan segala amanah yang telah dipertanggungjawabkan.
Akhir kata, saya menyeru rakan pelajar sekalian, ayuhlah kita bersama menyingsing lengan dan berganding bahu ke arah profesionlisme keguruan yang kita cintai di IPG Kampus Ilmu Khas dan kepada rakan seperjuangan dalam Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, sekarang adalah masa yang sangat mencabar bagi kita semua. Namun semua ini adalah pemangkin ke arah membina kepimpinan masa depan kita dan saya yakin kita mampu untuk mencetuskan satu transformasi membantu pihak Institut dan rakan pelajar sekalian dalam memacu kecemerlangan ke arah yang lebih tinggi. Insyaallah.
Saya panjatkan doa ke hadrat Ilahi supaya terus dikurniakan kekuatan, kemudahan hikmah dan ilham yang baik dalam melakasanakan segala peracangan yang telah dan akan dirancang.
Sekian daripada saya, segala yang baik itu dating daripada Allah S.W.T dan yang kurang itu dating daripada kelemahan saya sendiri dan saya akhiri ucapan saya dengan kalimah wabilahitaufiq wal hidayah, Assalamualaikum w.b.t.
Mohd Huzaifi bin Sulaiman
Yang Dipertua,
IPG Kampus Ilmu Khas
26/04/2011
Monday, January 24, 2011
SetapaK?

Yup!! Setapak lg team AC Royal nak ke separuh akhir dalam pertandingan futsal ajuran kolej ke-5 UM. Kalah kepada pasukan Dani FC A 0-2 pada peringkat suku akhir.. amat merugikan namun masih ader peningkatan berbanding sebelum ni.. Prestasi setiap pemain amat memuaskan walaupun bolos 5 gol namun berjaya membuat 4 clean sheets..
Inilah barisan pemain yang diketuai peruz serta rakan-rakan lain itu alif, darimi, anip, zizi, shahrul dan saya sendiri selaku keeper..

GO AC ROYAL GO!!!!

